KOD
SUBJEK : DUA 2012
TAJUK
:
HURAIKAN PERANAN AL-QURAN SEBAGAI SUMBER UTAMA DALAM BIDANG SAINS &
KEJURUTERAAN .
NAMA
PENSYARAH : NORAINI BINTI NAWAWI .
NAMA
AHLI KUMPULAN :
·
NUR AMANY BINTI ISMAIL (02DEP16F1015)
·
NUR AYUNI BINTI JAKSA (02DEP16F1028)
·
NOR AMIRAH BINTI MOHD ROFE
(02DEP16F1030)
·
ANIS SYAFINAZ BINTI MAZLAN
(02DEP15F1100)
SESI :
DISEMBER 2016
ISI
KANDUNGAN
BIL.
|
TAJUK
|
MUKA
SURAT
|
1.
|
1.0 PENDAHULUAN
|
3
|
2.
|
2.0 PERANAN AL-QURAN DALAM SAINS
-2.1 BIDANG TEKNOLOGI
-2.2 BIDANG KIMIA
3.0 PERANAN AL-QURAN DLAM BIDANG KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI
-3.1 PROSES PEMBETUKAN BESI
-3.2 KEJURUTERAAN AWAM
-3.3 KEJURUTERAAN MEKANIKAL
4.0 PERANAN AL-QURAN DALAM BIDANG
PERUBATAN
-4.1 MADU
-4.2 KURMA
-4.3 BUAH ZAITUN
-4.4 ANGGUR
-4.5 SUSU IBU
5.0 KAITAN ANTARA AL-QURAN DAN SAINS
DALAM KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
6.0 KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI
DALAM ISLAM
|
4
4-7
8
9-10
9-10
11
12
12
13
13
14-16
17-18
|
3.
|
KESIMPULAN
|
19
|
4.
|
RUJUKAN
|
20
|
5.
|
LAMPIRAN
|
21-22
|
1.0 PENDAHULUAN
Sains,teknologi
dan kejuruteraan merupakan sebahagian daripada ilmu yang terdapat dalam wahyu
yang diturunkan oleh Allah SWT melalui al-quran. Al-Quran ialah sumber
intelektualdan spiritual islam yang agung. Kalam Allah SWT ini adalah asas
bukan hanya bagi agama dan pengetahuan spiritual tetapi bagi semua cabang ilmu
pengetahuan. Al-Quran juga merupakan satu sumber utama dan inspirasi pandangan
Muslim tentang kesepaduan Sains dan pengetahuan intelektual (Ab. Aziz, 2008).
Secara
bahasa (etimologi), al-Quran berasal dari bahasa arab yaitu qur’an, dimana kata
“qur’an” sendiri merupakan akar kata dari قرأ – يقرأ – قرآنا . Kata قرآنا
secara bahasa berarti bacaan karena seluruh isi dalam al-Quran adalah ayat-ayat
firman allah dalam bentuk bacaan yang berbahasa arab. Sedangkan pengertian
al-Quran menurut istilah (terminologi) ialah firman Allah yang berbentuk
mukjizat, diturunkan kepada nabi terakhir, melalui malaikat jibril yang
tertulis dalam di dalam mushahif, yang diriwayatkan kepada kita dengan
mutawatir, merupakan ibadah bila membacanya, dimulai dengan surat al-Fatihah
dan diakhiri dengan surat an-Naas.[1]
Definisi
atau pengertian al-Quran menurut bahasa dan istilah di atas merupakan kata
sepakat antara ulama dan para ahli ushul. Al-Quran diturunkan oleh allah swt
sebagai tata aturan bagi kehidupan semua bangsa, petunjuk yang benar untuk
semua makhluk, tanda bukti atas kebenaran rasulullah Muhammad saw, dalil yang
qot’ie atas kenabian dan risalahnya. Dan sebagai hujjah yang tetap tegak hingga
hari kemudian.
PERANAN
AL-QURAN DALAM BIDANG SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
2.0 Peranan al-Quran
dalam sains
2.1 Bidang Teknologi
Terdapat banyak ayat
Al-quran yang menyeru manusia supaya mengkaji dan meneliti fenomena alam untuk
memahami dan mendalami ilmu pengetahuan agar dapat membina suatu tamadun yang
sempurna. Berdasarkan ayat di bawah jelas bahawa alam yang diciptakan oleh
Allah s.w.t tertakluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa yang ada di langit
dan di bumi adalah hak Allah s.w.t untuk kemudahan dan kegunaan manusia sejagat.
Islam tidak terbatas antara hubungan manusia dengan tuhan bahkan merangkumi
semua aspek kehidupan. Allah berfirman yang bermaksud :
“Tidakkah kamu
perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kemudahan mu apa yang ada di langit
dan di bumi, dan telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit
dan di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan
batin.” (Surah Luqman: 20)
Oleh itu, kita
seharusnya menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kita kerana di dalam
Al-Quran telah tercatat segalanya yang berkaitan dengan hidup ataupun mati.
Bidang kejuruteraan juga ada disebut di dalam Al-Quran. Ini telah melahirkan
ramai tokoh-tokoh Islam yang menjadikan Al-Quran sebagai panduan untuk mengkaji
bidang kejuruteraan sehingga mereka dapat mencipta peralatan yang berguna
hingga kini.
2.2 Bidang Kimia
i
. Proses Fotosintesis dan Proses Pembakaran Sempurna
Di dalam Al-Quran
terdapat fenomena sains yang boleh dikaitkan dengan bidang kimia iaitu “proses
fotosintesis” dan “proses pembakaran sempurna”.
Firman Allah swt:
“Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon- pohon hijau yang
basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-
pohon itu”. (Surah Yasin: 80)
“Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu
nyalakan (dengan cara digesek)? Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya atau kami
yang menumbuhkannya ? ” (Surah
al-Waqi‟ah : 71-72)
“ Beribu-ribu tahun
yang lalu dan zaman sekarang membuktikan kandunganAl-Quran menepati ilmu sains
dan teknologi. Ini kerana orang zaman dahulu menyalakan api daripada pokok kayu
dan sekarang manusia menggunakan petrol, gas dan sebagainya untuk menyalakan
api. Jika kita memikirkan di zaman dulu, tentu kita takjub bagaimana daripada
kayu yang hijau itu boleh mengeluarkan api. Di zaman kita pula, kita masih
merasai ketakjuban di atas penggunaan petrol dan gas yang boleh menghasilkan
api untuk kegunaan seharian. Sebenarnya, petrol, diesel, gas, arang batu dan
sebagainya yang dikeluarkan dari perut bumi berasal daripada pokok-pokok yang
tertimbus jutaan tahun yang lalu. Ini dapat meyakinkan kita bahawa Allah
ituMaha Besar. Dia telah menyatakan sumber api dulu dan sekarang itu adalah
berasal dari pokok. Allah s.wt juga menggunakan perkataan “al-syajarah
al-akhdar”(tumbuhan hijau) dalam Surah
Yasin ayat-80 kerana perkataan ini boleh diertikan dengan tumbuhan hijau
yang mempunyai klorofil. Menurut kajian sains tumbuhan hijau melakukan proses
fotosintesis yang menghasilkan gas oksigen dan unsur karbon hasil daripada tindak
balas cahaya matahari dan gas karbon dioksida. Kedua-dua unsur ini (karbon dan
oksigen) merupakan unsur penting untuk menghasilkan api daripada proses
pembakaran sempurna.Oleh itu, firman Allah swt dalam Al-Quran yang menyatakan
tentang proses fotosintesis dan proses pembakaran sempurna tidak ada sebarang
keraguan dan sesungguhnya Allah swt lebih mengetahui sesuatu.
ii . Kegelapan Lautan
dan Lapisan Ombak (sains ,alam semula jadi )
Dalam bidang sains
marin pula, kewujudan dua lapisan ombak di laut dan kegelapan di dasar laut
dinyatakan dengan jelas di dalam surah An-Nur,
ayat 40. Apabila dikaji,sememangnya wujud ombak pada lapisan kedua laut
(internal tide), yang mana kewujudannya dapat dilihat secara jelas hanya dari
angkasa. Malah, ombak dalaman ini mempunyai amplitud yang jauh lebih tinggi
berbanding amplitud ombak di permukaan air,dengan ketinggiannya mampu mencecah
300 meter. Kewujudan dua ombak ini disebabkan perbezaan pada ketumpatan air
laut. Selain itu, kegelapan dasar laut pula dibuktikan apabila manusia mula
mampu menyelam sehingga ke dasar dengan bantuan peralatan moden.Kegelapan
secara total ini disebabkan penyerapan spektrum cahaya oleh lapisan laut
yangmenyebabkan tiada cahaya yang mampu menembusi hingga ke dasar. Hasilnya,
dasar lautan menjadi tempat yang sangat gelap dan makhluk-makhluk yang hidup di
dasar laut mempunyai ciri-ciri unik untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri
dengan keadaan dasar laut yang sangat sejuk dan bertekanan tinggi.
iii . Proses kejadian
manusia (sains):
Di dalam al-Quran juga
menerangkan penciptaan manusia daripada air . Dan dia lah Tuhan yang
menciptakan manusia dari air,lalu dijadikannya(mempunyai) keturunan dan
musaharahdan Tuhanmu adalah Maha Kuasa sememangnya tuhanmu berkuasa
(menciptakan apa jua yang dikehendakiNya ).
[Al-Furqan, 54]
Selain itu, ayat
al-Quran dari surah ini memberitahu bahawa secara jelas manusia itu diciptakan
daripada air. Allah telah menciptakan manusia mempunyai titisan baka (air mani)
bagi meneruskan lagi zuriat memakmurkan bumi ini.
Proses kejadian manusia
diceritakan daripada awal sehingga ke akhir di dalam al-Quran sebelum manusia
mampu memikirkan proses itu sendiri.
“Dan sesungguhnya Kami
telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari tanah . Kemudian Kami
jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh . Kemudian kami
ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu kami ciptakan darah beku
itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa
tulang. Kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian
itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka
nyatalahkelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”. [Al
- Mu’minun: 12-14]
Maksud ayat di atas menceritakan
proses pembentukan manusia, seperti mana yang didedahkan kepada kita hari ini.
Ayat ini telah menerangkan secara sempurna mengenai proses pembentukan
manusia.Pada mulanya manusia tercipta dari pati yang merujuk kepada tanah.
Kejadian ini adalah ketika penciptaan manusia pertama iaitu peristiwa Allah
menciptakan Nabi Adam daripada tanah. Bermula daripada cantuman air mani
(sperma dan ovum) kemudian Musaharah (hubungan kekeluargaan yang berasal dari
hubungan penikahan, seperti menantu mertua dans ebagainya)
Penetapan yang kukuh;
rahim bergumpal menjadi darah beku (alaqah) yang tergantung di dinding rahim.
Seterusnya, gumpalan darah itu membesar menjadi seketul daging (mudghah).
Ketulan daging itu pula akan terbentuk beberapa tulang (tulang belakang), yang
kemudiannya disempurnakan rupanya dengan balutan daging yang akhirnya membentuk
janin
3.0 Peranan al-Quran dalam bidang kejuruteraan dan
teknologi
3.1 Proses Pembentukan
Besi
Firman Allah s.w.t :
"Dan kami telah menurunkan besi, padanya ada kekuatan yang hebat serta
berfungsi berbagai manfaat untuk manusia." (Surah Al-Hadid : 25)
Terdapat satu surah di
dalam Al-quran yang menggunakan nama logam iaitu SurahAl-Hadid yang bermaksud besi.
Allah telah berfirman“waanzalnaalhadiid”
yang boleh diterjemahkan “dan kami turunkan besi”. Ayat ini memberi satu
pertanyaan kepada kita umat manusia tentang asal usul besi.Sebenarnya, besi
berasal dari langit yang tercipta daripada bintang-bintang melalui proses nukleosintesis. Ketika
bintang-bintang itu mati (padam) lantaran kehabisan bahan bakar hidrogen(H) ,
besi itu (bersama-sama unsur lain) dihamburkan ke ruang angkasa. Unsur berat
dalam alam semesta ialah dihasilkan oleh nuklid bintang besar .Sistem solar
kita bagaimanapun tidak mempunyai struktur sesuai untuk menghasilkan besi
baginya. Besi hanya dapat dihasilkan oleh bintang yang lebih besar daripada matahari
iaitu suhunya mencecah berates juta celcius .Apabila besi mencapai amaun melebihi
peringkat tertentu dalam sebuah bintang, bintang ini tidak lagi dapat menampungnya
dan akhirnya meletup dalam satu letupan yang dipanggil nova atausupernova.
Hasil daripada letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakan keseluruh
alam semesta dan mereka bergerak melalui ruang di angkasa sehingga ditarik oleh
daya graviti sesuatu jasad di cakerawala. Selain itu, elemen utama pada pusat
bumi iaitu teras bumi yang berjejari 3470 km ialah besi (Fe) dengankandungannya
90% dan nikel (Ni) dan belerang (S). Fungsi utama besi di pusat bumi Allah
telah jelaskan dalam ayat yang berbunyi “fiihiba'sunsyadiid” (padanya ada
kekuatan hebat). Besi di pusat bumi itu menimbulkan kekuatan yang hebat yang
berupa magnet dan tarikan graviti. ( Surah Al-Hadid , ayat 25 )
Firman Allah yang bermaksud serta berbagai
manfaat untuk manusia. Manfaat yang perlu disebutkan paling dahulu (sebab
manusia sering lupa) ialah bahawa besi merupakan salah satu unsur yang
membangun haemoglobin, protein dalan darah yang berfungsi mengikat oksigen yang
kita menghirupnya dari udara. Ketika oksigen masuk ke dalam paru-paru kita,
oksigen itu segera ditangkap oleh besi dalam haemoglobin, kemudian dihantar
oleh darah keseluruh tubuh kita untuk proses metabolisme. Jelas sekali Allah memelihara
kelangsungan hidup kita melalui besi. Oleh itu, kita sebagai manusia perlulah
sentiasa bersyukur di atas nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita.
“(
Al hadiid , ayat 25)
3.2 Kejuruteraan awam
Kubah
dan menara masjid yang di bina menunjukkan kefahaman dan kemahiran sarjana-sarjana
Islam dahulu dalam bidang sains bangunan dan seni bina. Dalam kejuruteraan awam
hidrologi 6, orang-orang Islam juga memberi sumbangan penting. Pada zaman
pemerintahan khalifah . Umar beberapa terusan telah di bina. Saiyidina Umar
pula telah mengarahkan pembinaan satu terusan yang panjangnya lebih kurang 10
km yang mengalirkan air dari sungai Furat. Terusan ini di beri nama Terusan Abu
Musa Asy‟ari, pemerintah Basrah ketika itu.
Satu lagi terusan ialah
Terusan Ma‟akal yang di bina di bawah penyeliaan Ma‟akal Ibnu Yasar. Teknologi
air bawah tanah juga telah di usahakan di Parsi.Bandar Isfahan dikelilingi oleh
padang pasir. Teknologi ini telah di tulis oleh Syaikh Bahauddin al-A‟mili
seorang ahli sufi Safavid yang mahir dalam matematik dan keagamaan.
Bagi negara yang yang
di kelilingi oleh padang pasir, teknologi ini amat berguna kerana ia dapat
mengelakkan pengewapan air. Bukti ini menunjukkan bahawa mereka juga telah
meneliti bukan sahaja tentang pembinaannya, bahkan mengambil berat tentang perancangan
dan penyelenggaraan projek tersebut.
3.3 Kejuruteraan
mekanikal
Boleh dikatakan
sumbangan sarjana sains dan teknologi Islam yang banyak ialah dalam bidang
mekanik. Sumbangan Banu Musa terkandung di dalam buku Kitab Peranti (TheBooks
of Artifices) yang telah disebut dahulu. Ibnu Sina pula walaupun beliau lebih
terkenal dalam bidang perubatan dan pembedahan, namun beliau banyak memberi
sumbangan yang mengagumkan dalam bidang mekanik. Di antara saranan Ibnu Sina
ialah prinsip inersia yang terkandung di dalam kata-katanya yang berbunyi “tidak ada jasad yang mula bergerak atau
berhenti dengan sendiri.” , “masa tidak boleh di bayangkan tanpa gerakan.”,
“daya hanya boleh di sukat dalam sebutan
kesan kesannya.”,“dalam sesuatu mesin mudah, apa yang diperoleh dalam bentuk
kuasa adalah kehilangan dalam kelajuannya.” Al-Khwarizmi pula tertarik
kepada kerja-kerja amali tentang bagaimana dapat menentukan ketumpatan spesifik
dan berat kegravitian (tarikan bumi) dan keapungan. Di antara pernyataan
Khawarizmi yang berkaitan dengan hal ini ialah“berat ialah daya malar inheren tatkala sesuatu jasad tertarik ke pusat
bumi” , “jasad-jasad yang mempunyai
graviti sama ialah jasad-jasad yang bergerak didalam cecair dari titik
tunggak melalui jarak yang sama dalam masa yang sama.”Teknologi yang
mendapatkan tenaga dari udara dan air telah mendapat perhatian orang serata
dunia dan ia merupakan “Penggerak Perdana” yang utama sehinggalah kuasa tenaga
stim diperkenalkan semasa Revolusi Perindustrian. Antara contoh rekaan ialah
jam air gajah, pam air dua silinder, pam air enam silinder selari, perangan jet
stim. Ini jelas mengambarkan manusia pada zaman nabi juga mempunyai ilmu
pengetahuan yang luas tentang ilmu dalam bidang teknologi dan ini seterusnya
memberi manfaat kepada manusia sejagat.
4.0 Peranan Al-Quran dalam Bidang Perubatan
Bidang perubatan tidak
terkecuali daripada dirakamkan Allah SWT di dalam kitab suci al-Quran. Setelah
ditafsir oleh para mufassirin, didapati bahawa bidang perubatan ini sebenarnya terselindung
di sebalik beberapa jenis makanan dan minuman yang telah disebut Allah SWT di
dalam al-Quran. Setelah dikaji oleh para saintis mutaakhirin, terbukti bahawa
makanan – makanan dan minum – minuman ini mempunyai pelbagai khasiat dan zatnya
yang tersendiri.
Walaubagaimanapun, kami
tidak membicarakan secara terperinci tentang kesemua jenis makanan dan minuman
tersebut, sebaliknya akan memfokuskan kepada beberapa jenis sahaja. Antaranya
ialah khasiat dan kelebihan madu, kurma, buah zaitun, anggur dan susu ibu dari
segi perubatan.
4.1 Madu
Pertama sekali, madu lebah merupakan salah satu perubatan menurut wahyu
disebut dalam al-Quran (Surah an-Nahl :68-69) dan hadis Nabi SAW. Dalam kitab
perubatan islam dinyatakan bahawa madu hendaklah dicampurkan dengan beberapa
bahan lain untuk kecerdasan minda. Antara kelebihan madu ialah mampu
menyembuhkan sehingga 77 jenis penyakit kerana ia merupakan agen penyembuhan yg
berkesan. Ia juga merupakan antioksiden dan anti-penuaan semua jadi yang mampu
mengembalikan keremajaan kulit. Selain itu, madu dapat menghilangkan kedinginan
dan lender dalam hari, sekaligus mencegah batuk yang berpanjangan. Dalam kitab
Al-Has Ali Al-Hafizul Ilmi oleh Abdul Rahman Al-Juzi (meninggal dunia 598H)
menyatakan yang bermaksud “hendaklah kamu mengambil madu kerana ianya baik
untuk ingatan.”Diriwayatkan daripada Imam Ja’far Ash-Shadiq r.a ,beliau
berkata,:”Rasulullah SAW sangat menyayangi madu”.
4.2 Kurma
Bukan itu sahaja,buah kurma juga mempunyai pelbagai khasiat kesihatan
untuk manusia dan ini dibuktikan melalui
kekerapan buah kurma disebut di dalam al-Quran iaitu labih daripada 20 kali.
Kurma atau tamar ini disebut antaranya dalam surah Maryam ayat 25,surah
al-An’am ayat 99 dan 141 dan surah ar-Ra’du ayat 4. Antara khasiatnya ialah mengelakkan
pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tnggi. Selain itu
dapat memudahkan proses bersalin dan pencernaan. Kurma juga dapat mencegah
pengaruh sihir terhadap seseorang seperti yang pernah dikatakan oleh Abu
Abdillah a.s :”Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan
dapat mensirnakan pengaruh sihir”.
Di samping itu, kurma dapat membunuh cacing di dalam tubuh seperti kata
Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s :”Barang siapa memakan 7 buah kurma yang baik,maka
cacing – cacing yang ada di perutnya akan mati”. Akhir sekali,Rasulullah SAW
pernah bersabda : “Berilah makan buah kurma kepada isteri – isteri kamu yang
hamil,keranan sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma,necaya anak yang
bakal dilahirkan iru menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas
pemikirannya”.
4.3 Buah Zaitun
Buah zaitun tidak terkecuali memiliki khasiatnya yang tersendiri. Buah
ini disebut di dalam surat at-Tiin ayat 1,surah al-Al’am ayat 99 dan 141 serta
surah an-Nur ayat 35 yang membicarakan dengan khusus tentang minyak zaitun.
Antara kelebihan minyak zaitun ialah mengandungi vitamin E dan K yang baik
untuk kesihatan kulit terutamanya untuk rawatan kecantikan wanita. Ia juga
bagus digunakan sebagai minyak rambut. Dalam kitab Sunan al-Tarmizi dan Ibnu
Majah, terdapat sebuah hadith daripada Abdullah bin Umar yang menyebut bahawa
Rasulullah SAW bersabda: “Makanlah kamu minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai
minyak rambut, kerana minyak zaitun dibuat daripada pohon yang penuh berkat”.
Selain itu, minyak zaitun berperanan menambah zat makanan, mencuci dan membaik
pulih perut, membantu pesakit gastric dan mereka yang mengalami masalah buah
pinggang. Ia juga boleh diambil sebagai sapuan luaran. Selain bertindak sebagai
pelican dan pelembut kepada kulit yang mengalami eczema dan psoriasis. Akhir
sekali, minyak zaitun boleh melawan racun dalam badan dengan bertindak sebagai
laxative dan menyingkir cacing di dalam badan.
4.4 Anggur
Makanan terakhir yang akan dibincangkan khasiatnya secara ringkas ialah
buah anggur. Buah yang mempunyai keajaiban dan khasiat ini dirakamkan Allah SWT
dalam surah ar-Ra’du ayat 4, surah al-An’am ayat 99 dan surah ‘Abasa ayat 28.
Tiga jenis warna anggur yang paling digemari ramai iaitu anggur hitam, anggur
merah dan anggur hijau dan setiap warna anggur mempunyai khasiat yang berbeza.
Ketua Program Kualiti, Kesihatan dan Pemakanan di Scittish Crop Research Intitute
(SCRI), Dr Derek Stewart mengiktiraf anggur hitam sebagai “Superfruit no 1”
kerana hasil penyelidikkannya telah mengiktiraf bahawa anggur hitam mempunyai
kandungan vitamin, mineral dan bahan antioksida lebih tinggi berbanding 20 buah
lain yang telah diuji. Anggur merah pula merupakan sumber antioksidaan yang
tinggi dan kaya dengan kalium untuk melambatkan proses penuaan. Kandungan
antioksidaan dalam anggur juga mempunyai khasiat sebagai pelindung sel dari
radikal bebas penyebab penyakit, seperti penyakit jantung, kanser dan beberapa
penyakit akibat penuaan. Juga dipercayai boleh mencegah dan membantu proses
peyembuhan penyakit bawaan virus seperti influenza.
Akhir sekali, anggur hijau mempunyai banyak khasiat bagi kesihatan
kerana kandungan kimia yang berada di dalamnya , salah satu di antaranya adalah
flavonoid yang dapat mencegah oksidasi LDL (kolesterol jahat) 20 kali lebih
kuat daripada vitamin E, yang selama ini dikenal sebagai antioksidan semua jadi
yang sinonim dalam proses menguruskan badan.
4.5 Susu Ibu
Penutup bicara,kami akan membincangkan serba sedikit mengenai kelebihan
susu ibu yang ada disebut oleh Allah SWT dalam surah Luqman ayat 14. Antara
kelebihan susu ibu atau dipanggil “kolostrum alami” ini adalah mengandungi zat
makanan dalam nisbah yang betul bagi bayi yang masih tidak mampu makan dan
minum melainkan menyusu dengan ibunya sahaja. Susu ibu juga mengandungi
antobodi semua jadi untuk melawan pelbagai penyakit. Bayi yang menyusu dengan
ibunya terbukti lebih sihat berbanding bayi yang diberi susu formula sejak
kecil. Antara penyakit neonatal yang paling mudah disembuhkan dengan kaedah
penyusuan susu ibu ini ialah penyakit jaundice atau demam kuning. Selain itu,
pelbagai vitamin yang terkandung dalam susu ibu juga mampu meningkatkan
kecerdasan otak bayi. Bukan itu sahaja, si ibu juga mendapat manfaat apabila
menyusukan bayinya. Antaranya ialah tubuh lebih segar, terasa ringan dan sihat.
Naluri keibuan juga semak in terserlah dan ikatan kasih saying yang paradosikal
antara ibu dan anak semakin kukuh. Itulah keajaiban susu ibu sehingga digelar
susu terbaik di dunia.
5.0
KAITAN ANTARA AL-QURAN DAN SAINS DALAM KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
Sains
moden telah memberitahu kita bahawa perkembangan manusian di dalam kandungan
melalui beberapa peringkat. Sedangkan Al-Quran telah menyatakan perkara yang
sama sejak 1400 tahun yang lalu.”Selepas penciptaan mikroskop di kurun ke-16,
para doktor kurun ke-17 mempercayai bahawa manusia terbentuk semata-mata
daripada air mani lelaki sahaja, khasnya ‘sperma’ lelaki. Teori ini dipakai
oleh ahli-ahli sains kurun ke-17 dan sebahagian daripada kurun ke-18 untuk
menegakkan kepercayaan mereka bahawa manusia terbentuk semata-mata daripada
‘sperma’ lelaki sahaja. Tetapi, apabila di kurun ke-18b penemuan sains
menunjukkan telur wanita (‘ovum’ ) jauh lebih besar daripada ‘sperma’, mereka
terus melupakan peranan lelaki (dalam pembentukan manusia) sebagaimana mereka melupakan
peranan wanita di kurun ke-17.Penemuan fakta bahawa perkembangan embrio manusia
melalui beberapa peringkat hanya ditemui di pertengahan kurun ke-19.
“Mengapa kamu
berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya), Padahal
sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu
dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?” (Maksud Surah Nuh, 71: Ayat
13-14)
“Ia menciptakan kamu
dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu
kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita . ”
(Maksud Surah Az-Zumar,
39: Ayat 6)
“Mungkinkah ayat-ayat
ini dinyatakan secara kebetulan?” Lebih-lebih lagi Al-Quran telah menamakan
setiap peringkat itu; pertama ialah ‘nutfah’, atau setitik air; yang kedua
ialah ‘alaqah, sesuatu yang menyerupai lintah; yang ketiga ialah ‘mudghah’,
atau sesuatu seperti dimamah; dan keempat ialah peringkat tulang, dan
pembungkusan tulang dengan daging. Justeru, adakah ini semua kebetulan sahaja? Terdapat
pula kata-kata belakang dari saintis Barat yang bagi saya sangat tidak masuk
akal iaitu.,Mungkin Muhammad sallallahu’alaihiwasallam mempunyai sebuah
mikroskop yang berkuasa tinggi. Pengetahuan yang amat khusus dan terperinci
yang terdapat di dalam Al-Quran ini hanya boleh ditemui dengan menggunakan
mikroskop berkuasa tinggi. Dan sesiapa yang ada teleskop sedemikian mesti juga
ada teknologi tinggi yang sepatutnya terserlah dalam cara kehidupan hariannya,
rumahnya, makanannya, kawalan dan pengurusan peperangannya dan seruan damainya,
dan lain-lain. Dan tuan juga tahu perkembangan teknologi ialah satu proses yang
bertalian dari satu generasi ke generasi.Kebolehan mikroskop pertama yang
dicipta hanya dapat membesarkan hanya setakat sepuluh kali ganda sahaja dan
gambarnya juga tidak begitu jelas. Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam
tidak pernah memiliki peralatan sains mahupun mikroskop. Kesimpulan yang masuk
akal hanyalah hakikat bahawa baginda sallahu’alaihiwasallam ialah seorang rasul
Allah subhanahuwata’ala. Ringkasnya, Al-Quran menerangkan bukan sahaja perkembangan
luaran janin, malahan juga peringkat-peringkat perkembangan dalam janin,
pembentukan dan perkembangannya, menekankan peristiwa penting yang dibincangkan
oleh sains terkini.
‘mudghah’
menunjukkan bentuk luaran embrio dengan strukturnya yang melengkung, dan dengan
bentuk yang menyerupai bekas-bekas gigitan gigi. kita nampak permukaan yang
tidak rata yang memberikan bentuk yang sudah boleh dicamkan walaupun pada masa
ini ianya hanya satu sentimeter panjang.Jika kita membelah embrio itu dan ambil
organ dalamnya, kita akan dapati kebanyakan daripada organ-organnya sudahpun
terbentuk sebagaimana yang dapat kita perhatikan di sini dan didapati
sebahagian daripada sel-sel juga sudahpun dibentuk, sementara sebahagian yang
lain belum lagi.Jadi, bagaimana kita boleh terangkan mengenai embrio? Apa yang
patut kita perkatakan? Bolehkah kita anggap ia sebagai makhluk yang sudah pun
lengkap? Maknanya kita memperkatakan tentang suatu makhluk yang sudah siap
dibentuk, dan jika kita anggap ianya suatu makhluk yang belum lengkap, maknanya
kita membincangkan tentang makhluk yang belum lagi dibentuk, persoalannya :
Adakah embrio suatu makhluk lengkap atau belum lengkap? Tiada huraian yang
lebih baik mengenai peringkat perkembangan embrio ini selain daripada ayat
Al-Quran yang bermaksud “. . . . mudghah (sesuatu yang seperti dimamah) seketul
daging yang disempurnakan dan yang tidak disempurnakan . . . “ (Maksud
- Surah Al-Hajj: Ayat 5)
Kesimpulan yang
dilakukan seorang professor yang bernama Marshall
Johnson mengenai kajiannya .Sebagai seorang ahi sains, saya hanya mengambil
kira sesuaru yang saya boleh nampak. Saya memahami ayat-ayat Al-Quran yang
diterjemahkan kepada saya. Sebagaimana contoh yang saya berikan sebelum ini,
jika saya bayangkan saya hidup di zaman itu (zaman nabi Muhammad
sallallahu’alaihiwasallam), saya tidak akan berupaya untuk menerangkan apa yang
telah diterangkan (oleh Al-Quran). Saya tiada apa-apa alasan untuk menafikan
bahawa Muhammad (sallallahu’alaihiwasallam) telah memperolehi maklumat ini
daripada sesuatu sumber. Saya tidak alasan untuk menafikan bahawa terdapat satu
campur tangan kuasa Tuhan di dalam apa yang dia (sallallahu’alaihiwasallam)
telah tuliskan. (Nota- sebenarnya Nabi Muhammad sallallahu’alahiwasallam tidak
menulis Al-Quran kerana baginda seorang yang tidak tahu menulis. Sebaliknya ia
disalin oleh sahabat-sahabat baginda sallallahu’alaihiwasalllam selepas baginda
mendapat wahyu) Benar, Al-Quran ialah Wahyu Illahi. Pilihan yang ada untuk
seluruh manusia ialah untuk menurut tauladan yang telah ditunjukkan oleh
ahli-ahli sains terkemuka ini yang telah pun mengaku Allah subhanahuwata’ala
telah mewahyukan kepada nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam, satu kitab
yang dipenuhi oleh Ilmu-Ilmu Allah subhanahuwata’ala. Allah subhanahuwata’ala juga
telah berjanji bahawa manusia akan menemui tanda-tanda kekuaasaannya yang akan
membuktikan bahwa Al-Quran itu ialah kitab yang diwahyukan oleh Allah subhanahuwata’ala.
Allah Yang Maha Kuasa
Lagi Maha teerpuji berfirman (Surah 38: Ayat 88) bermaksud:
“Dan demi sesungguhnya,
kamu akan mengetahui kebenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama
lagi”.
Allah subhanahuwata’ala
juga berfirman bermaksud:
“Tiap-tiap khabar
berita mempunyai masa yang menentukannuya (yang membuktikan benarnya atau dustanya);
dan kamu akan mengetahuinya. ( Surah Al-An’am, 6: Ayat 67).
6.0
KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM
ISLAM
Dalam kurikulum Pendidikan Islam, Sains dan
Teknologi sama pentingnya (fardhu kifayah) dilihat dari isi kandungan kewajaran
dan kewajipan umat terhadapnya, dibandingkan dengan ilmu-ilmu Ad-Diniyyah yang
disifatkan sebagai asasi (fardhu Ain-tiada tukaran ganti kepada individu itu
jika tidak melaksanakannya menjadi tanggungjawab peribadi) seperti ‘ulum
al-aqaa’id-ilmu Aqidah Islamiah, ‘ulum asy-syaraa’ik-ilmu akhlak Islamiah berserta
dengan ‘ulum masaadir wa ummahaat al-kutub al-Islamiyyah ilmu-ilmu mengenai
sumber-sumber rujukan dasar Islam iaitu Al-Quran Al-Ahadith an-Nabawiyyah serta
tafsiran-tafsiran dasar daripada agama Islam melalui peninggalan ulamak Islam
terdahulu dan diiktiraf keseluruh dunia Islam hasil ulasan dan pandangan serta
ijtihad mereka muktabaratin
asy-Syuyuukh di dalam bidang-bidang tersendiri (kelebihan di bidang
masing-masing). Maka oleh kerana sains dan teknologi ini merupakan ilmu Allah
SWT, yang bersifat rasional dan saintifik, emperikal dan realistic , berkaitan
dengan kecerdasan akal insan dan melibatkan pengkajian dan penyelidikan umat
manusia, maka Al-Quran dan Al-Sunnah tidak memberikan fokus terperinci
terhadapnya. Walau bagaimana pun ajaran Islam menurunkan beberapa prinsip dasar
ilmu-ilmu tersebut di sana sini sama ada di dalam Al-Quran mahupun Al-Sunnah
al-Nabawiyyah. Perlu diingat di sini, bahawa Islam tidak bersifat Autokratik
dalam menentukan kebenaran sains dan teknologi umat. Malah Islam meletakkan
beberapa dasar-dasar hukum khusus dan umum (Qawaa’id al-‘aam wa al-khaas) untuk
memperolehinya dan melaksanakannya agar tidak bercanggah dengan kepentingan
pembangunan dan kemakmuran muka bumi seperti yang dikehendaki oleh Allah swt,
pencipta agung alam raya ini. Contohnya di dalam membangunkan teknologi nuklear,
Islam tidak melarang manusia menyelidiki dan menguasai punca dan sumber tenaga
dari pengkayaan Uranium untuk kegunaan dan faedah-faedah teknologi untuk
memiliki tenaga elektrik, teknologi perubatan, bio-teknologi serta kegunaannya
di bidang pertanian dan sebagainya. Prinsip dasar Islam ialah agar teknologi
ini digunakan secara betul, berilmu serta dengan pengawasan teknologi tinggi
agar tidak berlaku kebocoran, kehancuran dan kebinasaan jumlah terhadap manusia
dan alam swkitar (lihat surah ar-Ruum, 30), dimana Allah SWT menggunakan
istillah “Dzahara al-fasad fi al-barri wa al-barri bima kasabat aydi an-Nass”-
muncul kebinasaan jumlah di muka bumi dan di lautan disebabkan kerja tangan
manusia, agar mereka merasai keperitannya supaya mereka kembali kepada Allah
SWT iaitu prinsip ilmu pengetahuan dengan meninggalkan ketamakan syahwat dan
keutamaan kebendaan (materialistik) semata-mata. Cara mengekalkan kerosakkan
itu uga berkait rapat dengan sains dan teknologi perlindungan dan kawalan
sains, teknologi dan industri di kalangan umat Muslimin.
Umat Islam diwajibkan oleh Allah SWT untuk
membangunkan aspek-aspek yang semula jadi mereka dan menggunakan
potensi-potensi keperluan yang sesuai dengan mereka. Unsur pembangunan material
dan kerohanian adalah selaras dengan
unsur kejadian manusia dual-nature iaitu jasad dan roh. Maka sasaran keilmuan
mereka, Allah SWT telah anugerahkan dua fakulti yang maha hebat iaitu-rational
cognative faculty , iaitu fakulti akal rasional (human intellect) dan fakulti
akal intuisi jiwa insan (the psychological of human soul). Maka akal rational
sangat peka kepada bahan-bahan kajian emperikal dan intuisi kejiwaan insan
sangat peka kepada hati sanubari atau nurani yang menerima ilham dan kefahaman
dari Allah SWT (nuuriLlah). Gabungan kedua-keduanya memberi sesuatu bentuk ilmu
sepadu- integrated knowledge and sciences yang akan memberi kekuatan kepada
manusia Muslim di dunia untuk memimpin umat manusia di dunia mahupun untuk
keselamatan di akhirat.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, al-Quran merupakan mukzijat yang telah diturunkan oleh
ALLAH S.W.T kepada Nabi Muhammad saw mempunyai peranan yang sangat penting dalam
bidang sains dan teknologi. Galakan al-Quran untuk mengkaji dan merenungi
penciptaan alam telah menjadi titik utama untuk mendorong para saintis Islam
melakukan kajian.Justeru, kita sebagai generasi muda Islam yang bakal menerajui
bidang-bidang profesional ini mestilah bertindak bijak dengan mengamalkan
segala ajaran al-Quran dan mengkaji penciptaan alam semesta agar dapat bertemu
dengan hikmahnya serta meningkat ketaatan kepadanya, sekali gus mewujudkan
baldatun toiyyibatun wa rabun ghafur. Al-Quran juga sebagai sumber hukum pertama dalam kehidupan manusia
untuk memperoleh kesejahteraan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
RUJUKAN
- Mohd Azli Adnan, Asnuurien Najma Ahmad, Azman Ab Rahman. May 2015. Oxford Fajar. Selangor
- http://perananalquran.blogspot.my/
- https://www.youtube.com/watch?v=A-MlxBOV45c
- http://mohdnazmi505.blogspot.my/2015/08/peranan-al-quran-dalam-sains-teknolongi.html
- http://idacidarosida.blogspot.my/
LAMPIRAN











